15 ADUN Melaka mengadap Agong esok

Sebaran :

15 ADUN Melaka mengadap Agong esok

Semua 15 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Pakatan Harapan (PH) dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee, berkata semua mereka akan ke Istana Negara untuk mengadap Al-Sultan Abdullah bagi menyelesaikan krisis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

“Esok kami akan menaiki bas ke Istana Negara dan cadangan ini sudah dipersetujui semua pihak.

“Cadangkan ini (menghadap) disuarakan Datuk Seri Idris Haron (ADUN Sungai Udang) dan esok kami akan bertolak ke istana,” katanya.

Terdahulu, Norhizam, meluahkan ketidakwajaran keputusan pembubaran DUN Melaka memandangkan dia bersama tiga lagi ADUN dan 11 ADUN daripada PH masih belum menerima sebarang maklum balas sama ada daripada pejabat Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam mahupun Istana Melaka.

Beliau turut mendakwa terdapat ‘double standard’ dalam keputusan dibuat itu walaupun pihaknya sudah membentuk majoriti secara fizikal.

“Pandangan kami pengisytiharan pembubaran DUN secara tergesa-gesa semalam bertentangan dengan apa yang diamalkan di pentadbiran Pusat oleh Agong.

“Di peringkat Pusat, sebelum membuat keputusan, baginda mendapatkan nasihat daripada semua pihak termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hakim dan peguam negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebelum satu keputusan dibuat demi kesejahteraan rakyat serta kepentingan negara,” katanya.

Norhizam berkata, situasi di Melaka juga tidak boleh disamakan dengan Sarawak memandangkan Kerajaan Sarawak ketika ini masih mempunyai majoriti, tetapi di Melaka kerajaan sudah tumbang dan hilang majoriti.

“Adalah tidak adil untuk lantik kerajaan yang sudah tumbang sebagai ‘care taker’ sementara menanti keputusan SPR melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) atau pengisytiharan darurat untuk dilaksanakan,” katanya. BH

15 ADUN Melaka mengadap Agong esok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pukul rakan hingga mati tak puas hati upah baiki tandas


Sebaran :

Leave a Reply