Isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik

Isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik, gesa Pemuda Umno

Ketua Pemuda Umno, Asyraf Wajdi Dusuki b erharap Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah akan memberi perkenan mengisytiharkan darurat di Melaka untuk mengelakkan pilihan raya negeri (PRN) diadakan ketika pandemik.

Beliau berkata, darurat yang dimaksudkan itu bukan secara menyeluruh, sebaliknya ia menyerupai Proklamasi Darurat di Sarawak sehingga 2 Feb depan bagi mengelakkan PRN diadakan ketika penularan Covid-19.



“Ini bagi membolehkan usaha-usaha mengawal pandemik Covid-19 dapat difokuskan dan kebajikan rakyat yang terkesan teruk dapat ditangani terlebih dahulu,” katanya di Facebook.

Pada 31 Julai lalu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengisytiharkan Proklamasi Darurat di seluruh Sarawak bermula 2 Ogos hingga 2 Feb depan, sekali gus menggantung PRN daripada diadakan sepanjang tempoh itu. FMT

Isytihar darurat di Melaka, elak PRN ketika pandemik


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker