Idris Haron, 3 Adun, masuklah parti kami – Putra
Idris Haron, 3 Adun, masuklah parti kami – Putra
Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) pimpinan ahli politik veteran Ibrahim Ali menawarkan empat anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) yang menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka menjadi anggotanya.
“Pintu Putra Melaka sentiasa terbuka luas.
“Cuma mereka mestilah mendukung prinsip-prinsip perjuangan parti Putra dan teguh serta tegas dengan nilai kepimpinan bermoral dan berintegriti,” kata pengerusi Putra Melaka Dr Mohd Aluwi Sari.
Diketuai bekas ketua menteri Idris Haron, empat Adun – daripada Umno, Bersatu dan bebas – mengumumkan menarik balik sokongan kepada kerajaan negeri dan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.
Sulaiman bagaimanapun menasihatkan Yang di-Pertua Negeri Melaka Mohd Ali Rustam membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), bagi mengelakkan empat wakil rakyat itu membentuk kerajaan baru bersama pakatan Harapan (PH).
PH kini memiliki majoriti tipis 15 daripada 28 kerusi DUN, jika dicampur empat Adun itu. Kerusi BN dan Perikatan Nasional (PN) pula berkurangan kepada 13.
Dalam kenyataan hari ini, Aluwi turut mengucapkan tahniah kepada empat Adun itu atas tindakan itu, jika dibuat demi mempertahankan tadbir urus yang baik dalam kerajaan negeri.
“Tiga dari empat Adun memprotes kerana tidak berpuas hati kepada seorang individu yang bergelar “King” dan dipercayai mempengaruhi urus takbir kerajaan ketika ini.
“Inilah faktor yang menyebabkan mereka berempat bertindak untuk keluar dari kepemimpinan kerajaan ketua menteri bak kata pepatah melayu biar putih tulang jangan putih mata,” katanya. Mk
Idris Haron, 3 Adun, masuklah parti kami – Putra
Baca Artikel Menarik :
- Anak tetak mati ibu bapa lepas sembang hal ketuhanan
- Saya sepatutnya jadi saksi pendakwaan terhadap Rizal
- Taikun hartanah saksi kes Guan Eng ditemui mati
- Mila Jirin Tidak Puas Hati KJ Belum Sedia Buka Majlis Sosial
- Dakwaan seksual babitkan Ebit Lew: Saksi, mangsa diminta tampil
- Skirt Intan Najuwa jadi bahan
- Boleh beri projek terus sebab ada yang amat sayang – Najib
- Fahmi Redza ‘ke dalam’ lagi
- Resepi sup Szechuan masam pedas gerenti best
- Pandora Papers: Zafrul rujuk peguam untuk tindakan lanjut terhadap Malaysiakini
- Parti liar atas kapal persiaran, anak Shah Rukh Khan ditahan
Layari Laman Facebook MYKMU
Tindakan Achey Bocey bantu warga asing dipuji (Video)
You must be logged in to post a comment.