Speaker tawar diri tanya Wee debat isu kabotaj

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun dengan menawarkan diri untuk menanyakan kepada Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong berhubung cabarannya untuk berdebat mengenai dasar kabotaj dengan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan-Bagan).

Ini berlaku setelah Lim mengatakan hari ini bahawa tidak ada perkembangan baru mengenai cabaran yang diajukan sendiri oleh Wee di Parlimen pada 30 September.

“Sungguhpun saya telah menerima cabaran itu dgn serta-merta, sehingga sekarang, tidak ada susulan. Adakah dia buat cabaran kosong? Saya tak cabar. Dia yang cabar.



“Tapi sehingga sekarang, tak ada perkembangan. Bilakah perbahasan tentang dasar kabotaj yang merugikan negara dari aspek pelaburan akan diadakan?” soal Lim di Dewan Rakyat hari ini.

Susulan itu, Azhar mengatakan dia secara sukarela akan menanyakan perkara itu kepada Wee kerana dia mempengerusikan sesi soal jawab ketika cabaran itu dibuat.

” Biarlah saya dengan sukarela menawarkan diri untuk follow-up perkara ini. Saya akan tanya YB Menteri (Wee) ya? Sebab saya yang pengerusikan waktu itu, saya ingat,” kata Azhar.

Cabaran debat itu juga menarik perhatian di luar Parlimen, dengan Pengerusi Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Rais Hussin mengkritik Wee sebagai “menteri dengan IQ kobis”.



“”Lim Guan Eng akan ambil ‘kobis ini’ untuk sarapan pagi jika perdebatan berlaku,” kata Rais di Twitter.

Wee dan Lim terlibat dalam pertikaian itu pada 30 September di Parlimen mengenai dasar kabotaj terhadap kapal yang terlibat dalam pembaikan kabel internet bawah laut.

Kabotaj merujuk kelulusan hak pengangkutan dari mana-mana pelabuhan atau tempat di Malaysia ke pelabuhan atau tempat lain oleh pengendali pengangkutan laut.

Syarikat besar teknologi telah berkali-kali menulis surat kepada kerajaan untuk memulihkan pengecualian yang diberikan pada era Pakatan Harapan supaya dapat mempercepat pembaikan kabel internet.



Pun begitu, Wee bertegas mempertahankan kembali dasar kabotaj itu dan mencabar Lim untuk berdebat.

Speaker tawar diri tanya Wee debat isu kabotaj


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Dua kemungkinan natijah krisis Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker