Zii Jia, Jin Wei ‘dibebaskan’

PETALING JAYA: Lee Zii Jia dan Goh Jin Wei akhirnya ‘dibebaskan’ untuk beraksi dalam semua kejohanan antarabangsa, umum Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini.

Menurut badan induk badminton itu dalam satu kenyataan berkata, mereka mengambil kira rayuan yang dibuat oleh kedua-dua pemain mengikut prosedur rasmi sebelum mencapai keputusan untuk melepaskan Zii Jia dan Jin Wei.

“Zii Jia dan Jin Wei dilepaskan daripada kontrak masing-masing dengan BAM mengikut terma dan syarat yang dipersetujui bersama,” kata BAM dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kenyataan itu juga menyebut, keputusan berkenaan disampaikan oleh Presiden BAM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Penaung BAM, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

 

“BAM ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Perdana Menteri dan Penaung atas minat mereka serta kebimbangan mereka dalam perkara ini,” kata BAM.

Kedua-dua pemain berkenaan layak untuk mendaftar menyertai kejohanan antarabangsa berkuatkuasa serta-merta.

“BAM ingin mengucapkan terima kasih kepada Zii Jia dan Jin Wei di atas dedikasi dan komitmen mereka kepada negara serta mengucapkan selamat maju jaya kepada mereka,” kata badan induk berkenaan.

Selasa lalu, Zii Jia mengesahkan bahawa  sudah mendapat restu daripada BAM untuk bergerak secara profesional selepas menghantar surat rayuan.

Pada Jumaat lalu, BAM mengumumkan Zii Jia dan Jin Wei tidak akan didaftarkan untuk menyertai menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuatkuasa 18 Januari susulan keputusan mereka untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional. – UTUSAN ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker