Seludup kucing dengan pesawat peribadi

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) merampas seekor kucing baka Parsi yang diimport dari Kemboja.

Kucing itu diseludup seorang warga China melalui pesawat peribadi yang tiba di Skypark FBO Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Khamis lalu.

Pengarah Maqis Selangor, Zambri Hashim berkata, ketika pemeriksaan dijalankan didapati kucing itu tidak mempunyai Permit Import sah serta dokumen yang diperlukan.



“Pemeriksaan terhadap kucing itu dan mendapati pemilik gagal mengemukakan permit import Maqis serta dokumen yang berkaitan.

“Kegagalan mengemukakan dokumen permit import ketika pemeriksaan di pintu masuk satu kesalahan mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728].

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zambri berkata, penting untuk pengimport mematuhi syarat pengimportan haiwan peliharaan bagi memastikan haiwan bebas dari sebarang risiko penyakit.



“Maqis sentiasa teliti dalam melakukan pemeriksaan bagi setiap komoditi haiwan, tumbuhan serta karkas sama ada yang diimport atau dieksport bagi mengawal dan menjaga biosekuriti dan kawalan penyakit serta keselamatan makanan di dalam negara kita,” katanya.-HM

Usahawan meninggal dunia, anjing warisi harta RM20.2 juta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker