Usahawan meninggal dunia, anjing warisi harta RM20.2 juta

NASHVILLE: Seekor anjing jenis baka border collie mewarisi harta pusaka AS$5 juta (RM20.2 juta) daripada pemiliknya yang telah meninggal dunia.

Lulu yang berusia berusia 8 tahun tinggal di Nashville, Tennessee, Amerika Syarikat, menerima wang itu daripada usahawan berjaya bernama Bill Dorris.

Bill Dorris dikatakan tidak mempunyai isteri mahupun anak untuk mewariskan harta tersebut, dan meninggal dunia pada November tahun lalu.

Menurut wasiat itu yang memetik laporan berita News Channel 5, “Lima juta dolar akan dipindahkan ke sebuah amanah yang akan dibentuk setelah kematian saya untuk menjaga anjing border collie, Lulu.”

Lulu akan ditempatkan di bawah jagaan Martha Burton, 88, yang selama ini menjaga anjing bertuah itu semasa Dorris melakukan perjalanan perniagaan.

Kata Martha, dia sendiri tidak memahami keputusan Dorris yang pelik itu.

“Saya tidak benar-benar tahu apa yang harus difikirkannya untuk memberitahu anda perkara yang sebenarnya,” kata Burton kepada News Channel 5 mengenai hubungan Lulu dengan mendiang tuannya.
“Dia sangat menyayangi anjing itu,” jelas Martha.

Rakan Dorris berkata, bahawa mendiang mempunyai pegangan dan pelaburan hartanah yang sangat besar.

Walaupun begitu, kekayaan Lulu bukanlah lesen untuk anjing itu membeli makanan atau tulang dinosour untuk dimakan.

Sebaliknya, ia membenarkan Burton dibayar dengan perbelanjaan bulanan yang munasabah untuk menjaga Lulu.

Ini bukan kali pertama pemilik haiwan peliharaan memberikan kekayaan kepada anjing yang bertuah.

Pada tahun 2015, seorang wanita Queens menulis wasiat untuk meninggalkan kekayaan mengandungi perhiasan, dana amanah dan rumah percutian kepada anjing peliharaannya berbaka Maltese.

Leave a Reply