Wanita pukul kanak-kanak Austime ditahan

Wanita pukul kanak-kanak Austime ditahan

Seorang wanita warga Singapura yang juga pengurus di pusat intervesi kanak-kanak ditahan selepas dipercayai memukul seorang kanak-kanak autisme, semalam.

Penahanan itu dilakukan susulan satu laporam dibuat oleh bapa mangsa kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu berlaku selepas kanak-kanak berusia enam tahun berkenaan dihantar bapanya ke pusat intervensi terbabit kira-kira pukul 8.45 pagi, Jumaat lalu.

Namun, katanya, ketika mengambil anaknya pada pukul 12.45 tengah hari, petugas di pusat terbabit memberitahu ada kesan kemerahan di bahagian tepi dahi kiri kerana mangsa menghantukkan kepala pada meja.

“Bapa mangsa yang tidak berpuas hati kemudian melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melihat suspek bertindak kasar kerana anaknya enggan makan.

“Susulan itu, polis menahan suspek yang berusia 51 tahun di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya selepas keterangannya diambil,”katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohamad Farouk , suspek kini ditempatkan di lokap bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu, bapa mangsa memuat naik gambar dan rakaman CCTV yang mendakwa anaknya dipukul di pusat intervensi terbabit.

Hantaran terbabit kemudian tular dan orang ramai meminta tindakan tegas diambil. Utusan

Wanita pukul kanak-kanak Austime ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker