Rumah paling sempit dijual pada harga RM5j

Rumah paling sempit dijual pada harga RM5j

Boston: Sebuah rumah paling sempit di Massachusetts, Amerika Syarikat yang ikonik dengan daya tarikan pelancong dijual pada harga AS$1.2 juta (RM5.02 juta).

Rumah berkeluasan 108.23 meter persegi dengan ketinggian empat tingkat itu dibina pada 1862.



Rumah itu mempunyai pemandangan menghadap bandar dan air di North End, sebuah penempatan terbesar penduduk berketurunan Itali.

Pelancong berpeluang melintasi rumah itu yang terletak di laluan Freedom Trail Boston sejauh 2.5 kilometer yang memiliki puluhan kawasan bersejarah termasuk Copp’s Hill Burying Ground.

Menurut catatan agensi hartanah menguruskan penjualan rumah itu, CL Properties, rumah yang mempunyai dua katil dan satu bilik mandi terletak di 44 Hull Street itu mendapat permintaan luar biasa sebaik kediaman itu disenaraikan di pasaran bulan lalu serta mendapat persetujuan pembelian kurang dari seminggu.

Naib Presiden Eksekutif CL Properties, Travis Sachs berkata, legenda menyatakan banyak tanah di kawasan rumah itu dimiliki sebuah keluarga pada awal 1800-an.



Katanya, seorang lelaki memiliki satu bahagian kawasan itu pergi berperang dan apabila kembali mendapati saudara kandungnya membina sebuah rumah sebelum dia memutuskan membina rumah sempit itu di depan rumah adik-beradiknya itu. HM

Rumah paling sempit dijual pada harga RM5j


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker