Idris Haron nafi ‘bergaduh’ dengan Ketua Menteri Melaka

 

Idris Haron nafi ‘bergaduh’ dengan Ketua Menteri Melaka. Memasuki hari ketiga kemelut politik Melaka berlanjutan hingga menimbulkan pelbagai persoalan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron akhirnya tampil membuka mulut.

Idris yang juga bekas Ketua Menteri berkata, beliau berasa pelik dikaitkan dengan spekulasi gerakan empat ADUN kerajaan yang didakwa mahu menumbangkan kerajaan negeri.



Katanya, semua cakap-cakap sedemikian disifatkan sebagai tidak masuk akal, memandangkan hubungannya dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali adalah sangat baik.

“Saya pun tidak faham mengapa nama saya dikaitkan kerana saya tiada sebarang masalah dengan Ketua Menteri sekarang ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, nama Idris yang kini menjawat jawatan Pengerusi Pembangunan Daerah, Luar Bandar dan Pengurusan Banjir negeri merupakan salah seorang daripada empat ADUN yang didakwa mahu melompat ke Pakatan Harapan (PH).

Tiga lagi ialah ADUN Pengkalan Batu, Datuk Norhizam Hassan Baktee; ADUN Telok Mas, Datuk Noor Effandi Ahmad dan ADUN Pantai Kundor, Datuk Nor Azman Hassan.



Selain Idris, hanya Norhizam sahaja sudah tampil membuat penafian. – UTUSAN ONLINE

Idris Haron nafi ‘bergaduh’ dengan Ketua Menteri Melaka


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Keahlian ADUN UMNO gugur jika jatuhkan Kerajaan Melaka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker