Wanita antara tiga pengedar dadah ditahan

Sebaran :

Seramai tiga suspek termasuk seorang wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan sindiket pengedaran dadah dalam serbuan berasingan di sekitar Jinjang, di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua suspek ditahan oleh anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Sentul dalam satu operasi yang bermula pada jam 3.30 petang.

“Sekitar jam 3.30 petang hingga 4.40 petang, BSJN Daerah Sentul telah menahan dua orang lelaki dan seorang wanita tempatan berusia antara 48 hingga 57 tahun.

“Pemeriksaan ke atas ketiga-tiga suspek telah menjumpai dadah jenis heroin masing-masing seberat 18.40 gram, 18.48 gram dan 19.30 gram dipercayai untuk dijual kepada pelanggan di kawasan tersebut,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Eng Lai berkata, turut dirampas wang tunai bernilai RM43 manakala berat keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah 56.18 gram.

Tambahnya, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis morfin, amphetamine, dan methamphetamine.

“Suspek pertama mempunyai 26 rekod jenayah dadah, suspek kedua 10 rekod jenayah dadah dan suspek ketiga 12 rekod jenayah dadah.

“Dengan tangkapan ini polis berjaya menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai bergiat aktif sejak bulan Jun lalu,” katanya.

Wanita antara tiga pengedar dadah ditahan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lans Koperal, remaja edar ekstasi berdepan hukuman gantung

 


Sebaran :

Leave a Reply