Penjawat awam jalani kuarantin kendiri ditemukan mati

Sebaran :

TELUK INTAN: Seorang penjawat awam yang menjalani kuarantin kendiri kerana positif Covid-19 ditemukan meninggal dunia di rumahnya di Taman Seri Setia di sini semalam.

Lelaki berusia 47 tahun itu ditemukan terbaring tidak sedarkan diri setelah pintu rumahnya yang berkunci dibuka dengan bantuan pasukan bomba.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat daripada rakan mangsa pada pukul 9.58 malam semalam, yang memaklumkan gagal menghubungi lelaki itu

I

Katanya, lelaki itu meminta bantuan pihak polis kerana bimbang berlaku sesuatu terhadap kawannya yang sedang menjalani kuarantin di rumah.



“Anggota yang menjalankan rondaan di lapangan telah diarahkan ke rumah mangsa dan mendapati pintu dan tingkap rumah lelaki itu berkunci.

“Pasukan bomba telah dihubungi bagi membuka pintu rumah mangsa sebelum menjumpai lelaki itu terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di rumah mangsa mendapati tiada kesan-kesan pencerobohan selain pemeriksaan fizikal juga tidak menjumpai sebarang unsur jenayah.



Katanya, lelaki itu yang masih bujang tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

“Menurut saksi, lelaki itu dalam tempoh kuarantin kerana disahkan positif Covid-19 pada Selalu lalu.

“Mayat lelaki itu dibawa Unit Forensik Hospital Teluk Intan untuk ujian saringan Covid-19. Punca kematian disahkan doktor disebabkan wabak berkenaan,” katanya

Penjawat awam jalani kuarantin kendiri ditemukan mati




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ebit Lew muncul selepas lama menyepi

 


Sebaran :

Leave a Reply