Lans Koperal, remaja edar ekstasi berdepan hukuman gantung
Lans Koperal, remaja edar ekstasi berdepan hukuman gantung
JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan seorang remaja berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dituduh terlibat mengedar dadah pada 23 September lalu.
Tertuduh, C. Harethaess, 27, yang bertugas di sebuah balai polis di Negeri Sembilan dan P. Darshan, 19, yang bekerja sebagai pemandu sambilan mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Suhaila Shafi’uddin.
Berdasarkan kertas pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa secara bersama telah mengedar dadah jenis ekstasi seberat 181.95 gram.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di tempat letak kenderaan berhadapan sebuah pusat penjagaan kesihatan di Kota Southkey, di sini pada pukul 9.45 malam, 23 September lalu.
Bagi perbuatan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit bersalah, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim.
Darshan diwakili barisan peguam, Muhammad Firdaus Adnan, Muhamad Wafiq Hadie dan Amer Ashrhaf Azuddin manakala Harethaess tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 5 Disember ini untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia manakala kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin. Utusan
Lans Koperal, remaja edar ekstasi berdepan hukuman gantung
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Ribut petir di empat negeri pagi ini
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.