Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

Amaran angin kencang, laut bergelora hingga Ahad

Angin kencang sehingga 50 kilometer (km) sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Sarawak Utara, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur dalam tempoh esok sehingga Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Sementara itu, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang turut dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis dan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah Barat dan Labuan serta Sabah Timur sehingga pukul 5 petang ini.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 km sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter,” katanya dalam di sini hari ini.

Sementara itu, bagi perkapalan, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua turut dikeluarkan di kawasan perairan utara Reef North, Layang-layang dan Palawan dalam tempoh Rabu sehingga Ahad nanti.

“Susulan amaran itu, keadaan angin kencang barat daya berkelajuan 50 hingga 60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka melanda kawasan-kawasan tersebut.

“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” ujarnya.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam di kawasan perairan Condore, Selatan Reef North, utara Reef South, Labuan, dan Sulu bermula esok hingga Ahad.

“Keadaan itu menjadikan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter di mana berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

“Disamping itu juga, amaran ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dijangka akan melanda kawasan perairan timur Samui, utara Tioman, Condore, utara Bunguran, Reef North, utara Reef South, Layang-Layang, Labuan, Palawan, Sulu dan Sulawesi sehingga 5 petang ini,” tambahnya. K Online


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker