UMNO perlu pecat Idris Haron

UMNO perlu pecat Idris Haron

Selepas seminggu spekulasi melanda politik Melaka, hari ini kerajaan negeri itu diketuai Ketua Menteri Sulaiman Md Ali tumbang.

Ini berikuta dalam satu sidang media, bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron daripada Umno bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengumumkan hilang kepercayaan dan menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.



Idris Haron terbukti telah membelakangkan parti dalam bertindak menarik sokongan terhadap kerajaan Melaka yang diterajui oleh UMNO.

Idris juga telah mengadakan sidang media bersama Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan baru di bawah PH.

Parti perlu bertindak tegas dengan memecat Idris Haron serta merta kerana dalam negara sedang menghadapi musibah pandemik Covid-19, Idris lebih mementingkan diri berbanding rakyat.

Tindakan Idris tidak mendapat sokongan dari parti dan ahli UMNO.Jadi wajar beliau dipecat.



Sebelum ini Tok Mat mengatakan UMNO akan menggugurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu di Melaka yang didapati terbabit dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri sedia ada.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tindakan itu selaras peraturan ditetapkan parti.

UMNO tidak memerlukan orang seperti Idris Haron.

UMNO perlu pecat Idris Haron




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bergaduh dengan kekasih, gadis nekad terjun kereta



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker