Wanita dikenakan caj emosi kerana menangis ketika cabut tahi lalat
Wanita dikenakan caj emosi kerana menangis ketika cabut tahi lalat
Seorang wanita dari Amerika Syarikat mendakwa dia dikenakan caj sebanyak AS$11 (RM46) kerana menangis ketika menjalani prosedur membuang tahi lalat pada badannya, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.
Caj tersebut dikategorikan sebagai ‘caj emosi’ dalam penyata bil yang diterima wanita itu.
Berang dengan caj yang tidak masuk akal itu, wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Midge kemudiannya memuat naik foto bil tersebut di laman Twitter dan ia mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial itu.
“Mereka mengenakan caj tambahan untuk mengaut keuntungan daripada anda. Sangat licik! Mereka juga akan menambah ini ke dalam bil anda apabila mereka bertanya adakah anda tertekan kebelakangan ini,” tulis seorang netizen.
Seorang netizen lain turut berkongsi pengalamannya yang turut dikenakan caj tambahan selepas menjalani satu prosedur pergigian.
“Saya terjaga ketika mereka mencabut gigi geraham saya. Pihak klinik kemudiannya mengenakan caj terhadap ubat bius tambahan yang diberikan kerana saya terjaga,” tulis seorang pengguna.
“Saya pernah dikenakan caj ‘bantuan emosi’ kerana mengalami kekejangan,” tulis seorang lagi netizen. K Online
Wanita dikenakan caj emosi kerana menangis ketika cabut tahi lalat
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.