Rentas negara mungkin menjelang Disember – PM

Sebaran :

Rakyat Malaysia boleh bersiap-siap untuk melakukan perjalanan ke luar negara menjelang Disember atau apabila kadar vaksinasi penduduk dewasa di negara ini mencecah 90 peratus, menurut Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Utusan Malaysia memetik Ismail Sabri berkata tarikh pembukaan sempadan mungkin berlaku lebih awal, bersama dengan perjalanan antara negeri.

“Ya, Disember. Mungkin awal lagi. Kita akan buka rentas negeri. Rentas negara pun boleh dibuka apabila mencapai 90 peratus sudah divaksin.

“Rentas negeri pun tidak la­ma lagi sebab sekarang dah mencapai 85.5 peratus, bermakna lagi dua minggu sudah boleh buka rentas negeri,” kata Ismail Sabri selepas pertemuan bersama beberapa editor kanan di parlimen minggu lalu.

Katanya, orang ramai tidak lagi perlu memohon My­TravelPass (MTP) sebaik sahaja pembukaan kegiatan merentas negara.

“Kita tidak perlu lagi daftar MyTravelPass untuk keluar negara tetapi kuarantin masih sama,” jelasnya.

Katanya, kerajaan juga sedang dalam perbincangan dengan Singapura untuk membenarkan kemasukan pekerja harian dari Johor yang akan meneruskan rutin harian mereka.

“Kita meneruskan perbincangan sebab kita ada dua, Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) ini Singapura yang hentikan, bukan kita. Saya pun sudah pergi ke Johor minggu lepas, saya dah minta Menteri Besar Johor berbincang dengan Si­ngapura untuk RGL dibuka.

“Tetapi, yang lebih pen­ting perjalanan harian pekerja, beratus ribu orang. Masih lagi Si­ngapura belum buka. Ini penting sebab ada yang ulang alik dari Johor Bahru, tiba-tiba tidak dibenarkan masuk. Mereka yang menderita ini sudah setahun lebih,” katanya.

Malaysia telah melonggarkan sekatan perjalanan antara negeri untuk pelancongan domestik ke lokasi tertentu, bermula dengan Langkawi sebagai inisiatif perintis.

Rentas negara mungkin menjelang Disember – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Prof Ridhuan Tee ‘Berang’ SMPC tak berperlembagaan dapat RM15 juta


Sebaran :

Leave a Reply