‘Mommy Tahu, Ismail Kuat’-Alhamdulillah, Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembedahan Buah Pinggang

‘Mommy Tahu, Ismail Kuat’-Alhamdulillah, Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembedahan Buah Pinggang

BERKAT doa orang ramai, anak pelawak terkenal, Shahrol Shiro, Ismail Rifqi yang berusia 10 bulan selamat menjalani pembedahan akibat masalah buah pinggang kronik di sebuah pusat perubatan swasta.

Berita itu dimaklumkan isterinya, Nor Farhanah Shamimi atau Anna menerusi hantaran terbarunya di instagram.

Menerusi perkongsian tersebut, Anna mengucapkan rasa syukur kerana pembedahan yang mengambil masa selama lima jam itu berjalan lancar dan tiada apa-apa komplikasi serta tak perlu berada di wad ICU.

“Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

“Terima kasih Ya ALLAH kerana telah mendengar doa hamba-hamba mu. Alhamdulillah pembedahan Ismail berjalan dengan lancar dan Ismail akan terus ke ward.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan urusan Ismail. Terima kasih pada yang tidak henti-henti memberikan kata-kata semangat.

“Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas jasa kalian.”

Di Instastory yang dikongsikan juga, Anna memaklumkan Ismail dah mula memberi senyuman dan makan.

“Terima kasih semua yang mendoakan kesihatan Ismail. Tengok tu dah boleh makan kemudian dah senyum,” tulisnya.

Sebelum ini, Anna pernah berkongsi yang Ismail dilahirkan dengan satu buah pinggang. Bagaimanapun buah pinggang kirinya itu mengalami masalah dan membengkak 80 peratus akibat saluran tersumbat.

Ismail perlu menjalani pembedahan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih kritikal.

Shahrol dan Anna berkahwin pada 8 Mac 2016 dan dikurniakan dua anak lelaki. Selain Ismail, anak sulung mereka, Iskandar Rizqi kini berusia empat tahun.

Kredit: IG Anna Hanna

*Artikel asal di Pa&Ma

‘Mommy Tahu, Ismail Kuat’-Alhamdulillah, Anak Shahrol Shiro Selamat Jalani Pembedahan Buah Pinggang


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker