Sekolah berhampiran tokong, KPM sudah rancang bina sejak 2017

Sekolah menengah yang mahu dibina berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan, Cheras sudah dirancang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sejak tahun 2017 lagi.

Justeru, Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mah Hang Soon berkata, insiden konflik yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu terpesong daripada fakta sebenar.

Insiden berkenaan tidak ada kaitan dengan keagamaan dan perkauman, katanya.

“Saya minta semua pihak untuk meneliti insiden ini secara menyeluruh dan rasional demi kesejahteraan bersama.



“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak tokong yang berjanji serta komited untuk menyerahkan kunci pagar bagi memudahkan kerja-kerja selanjutnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mengulas pembinaan sekolah, Hang Soon berkata, kajian mendapati tanah rizab sekolah tersebut adalah satu-satunya lokasi yang paling strategik untuk projek pembinaan sekolah menengah baharu itu.

Beliau berkata, pembinaan sekolah menengah baharu di tapak tersebut dapat memanfaatkan keluarga daripada 7,000 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang berhampiran sekali gus menjimatkan kos pengangkutan, masa dan bebanan.

“Kebajikan dan keperluan murid-murid sentiasa menjadi keutamaan KPM dalam projek pembinaan sesebuah sekolah baharu,” katanya.



Beliau merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Tokong Wong Low Shen See Chee How, Yap Chee Fong atas permohonan maaf dan penjelasan ke atas insiden konflik yang berlaku pada 28 September lalu.

Sebelum ini, polis mengesahkan sudah menahan 24 individu bagi membantu siasatan rusuhan di hadapan tokong berkenaan, baru-baru ini termasuk tindakan menyerang anggota penguat kuasa.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar  berkata, dalam kejadian pada Selasa, satu operasi telah dijalankan oleh pihak Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk membina pagar penghadang ‘hoarding’ bagi membina jalan untuk dijadikan laluan ke sebuah sekolah berhampiran sebuah tokong di Salak Selatan.

Bagaimanapun, katanya, ketika operasi sedang dijalankan terdapat kira-kira 30 orang lelaki dan perempuan membawa kayu dan besi bertindak menghalang serta memecahkan cermin jentolak selain menyerang anggota polis yang bertugas di tempat kejadian.



Sekolah berhampiran tokong, KPM sudah rancang bina sejak 2017


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker