Adun Warisan nafi keluar parti
Adun Warisan nafi keluar parti
Ketua Penerangan Warisan Yusof Yacob menafikan dakwaan kononnya beliau akan meninggalkan parti itu seperti yang tular sejak semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin itu, berkata perkara terbabit hanya spekulasi kerana laporan yang mendakwa beliau akan berbuat demikian bukanlah berdasarkan kenyataannya.
“Itu bukan kenyataan saya. Saya akan buat penjelasan nanti,” katanya ringkas kepada Bernama melalui aplikasi WhatsApp.
Terdahulu, sumber terdekat Yusof dipetik sebagai berkata Ketua Bahagian Warisan Sipitang itu akan meninggalkan parti untuk menjadi Adun Bebas kerana ingin membantu rakyat di kawasannya.
Yusof adalah antara pemimpin terawal yang berjuang bersama Warisan sejak ia ditubuhkan pada 2016, selain pernah dilantik sebagai Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah ketika parti itu menerajui pentadbiran kerajaan negeri.
Beliau mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Sindumin dengan majoriti 424 undi dalam persaingan enam penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 yang berlangsung September tahun lalu. FMT
Adun Warisan nafi keluar parti
Baca Artikel Menarik :
- Jangan fitnah saya belanja RM65 juta ubah suai Seri Perdana – Najib
- Projek kereta api laju HSR KL – Singapura Dibatal, “Renovation” Seri Perdana RM38.5juta Diluluskan
- Caprice Buat Laporan Polis ‘Mereka Rasa ‘Cable’ Kuat
- Ada pihak kurang senang isu guna helikopter
- Mimi Lana kena kecam buat lambang illuminati
- Muhyiddin, kami keluarkan barang kami sendiri
- HSR dah dibincang dengan Thailand pada 2016, Muhyiddin baru sedar
- “Mohon Doakan”-Keadaan Ustaz Kazim Elias Berkerusi Roda, Topang Ketiak, Terkena Buatan Orang? [VIDEO]
- Antivaksin bebas masuk kedai tanpa perlu kad vaksinasi
- Resepi ikan dori percik merecik
- Rita Rudaini kecewa digugurkan job kerana SOP MKN
Layari Laman Facebook MYKMU
Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak