Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri

Tiada lompatan, tiada masalah dengan KM, Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri

Bekas Ketua Menteri Melaka, Idris Haron menafikan terbabit dalam gerakan untuk menjatuhkan kerajaan negeri.

Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang dipetik Berita Harian berkata bahawa beliau tidak faham mengapa ada pihak yang cuba mengaitkannya dengan dakwaan berkenaan.

Katanya, beliau sememangnya tiada sebarang masalah dengan kepemimpinan Ketua Menteri Sulaiman Md Ali ketika ini.

“‘No such thing’ (tiada perkara sebegitu). Saya tidak faham mengapa saya dikaitkan (dalam gerakan menjatuhkan kerajaan negeri), (namun) saya rasa mungkin ada gerakan seperti itu daripada pihak lain tetapi yang pastinya bukan inisiatif saya,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan sebelum ini beliau antara yang akan menyokong Pakatan Harapan (PH) dalam gerakan itu, Idris berkata: “Tiada `lompatan’ dan (saya) tiada masalah dengan CM (Ketua Menteri),” katanya.

Dalam pada itu, dalam satu kenyataan kepada media Idris yang juga EXCO Pembangunan Daerah, Luar Bandar, Pengurusan Banjir dan Teknologi Hijau negeri dilaporkan berkata, sebilangan kecil ADUN Umno tidak boleh mempengaruhi kumpulan yang lebih besar untuk menukar kerajaan negeri.

Idris sebelum ini dikaitkan dengan empat ADUN kerajaan yang akan menyokong PH membentuk kerajaan negeri baharu bersama PH.

Malah mereka turut didakwa menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong PH.

ADUN Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee (Bebas) yang turut dikaitkan menafikan dakwaan itu sebelum ini dan menegaskan tidak menerima sebarang tawaran daripada mana-mana parti pembangkang.

Jumaat lalu, media melaporkan keadaan politik Melaka dipercayai bergolak apabila empat ADUN yang mendukung kerajaan negeri, didakwa bakal melompat ke parti pembangkang.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, Abd Rauf Yusoh dijangka membuat sidang media dalam tempoh terdekat berhubung perkembangan situasi politik di negeri itu.

“Saya akan mengadakan sidang media dalam sehari dua ini, sejurus selepas mesyuarat Badan Perhubungan Umno negeri. Harap bersabar,” katanya ketika dihubungi. FMT

Idris Haron nafi terbabit jatuhkan kerajaan negeri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ustaz Kazim Dedah Disihir Punca Kaki Membengkak

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker