‘The Real Tony Stark’ Gelaran Lelaki Ini Selepas Cipta Tangan Prostetik Daripada LEGO [VIDEO]

‘The Real Tony Stark’ Gelaran Lelaki Ini Selepas Cipta Tangan Prostetik Daripada LEGO [VIDEO]

KEKURANGAN fizikal tidak menjadi penghalang untuk seseorang menjalani kehidupan normal dan menggapai impian.

Setidak-tidaknya, itulah falsafah yang dipegang oleh seorang pemuda yang berasal dari Andorra, David Aguilar.

Sejak lahir, David hanya bergantung kepada tangan kiri manakala tangan kanannya mengalami kecacatan dan membuatkan dia sentiasa merasakan dirinya berbeza dengan rakan sebayanya.



Bagaimanapun kekurangan itu langsung tidak membuatkan David berasa rendah diri sebaliknya sejak kecil dia sentiasa memasang angan-angan memiliki dua tangan seperti orang lain.

6156b39f421de

David menghasilkan tangan palsu menggunakan Lego.

“Saya ingin melihat diri saya di cermin seperti saya melihat orang lain, memiliki dua tangan,” katanya.



Pada usia sembilan tahun, David mula menghasilkan tangan prostetik. Dia membuat tangan palsu itu menggunakan bahan unik iaitu daripada Lego.

“Lego adalah mainan pertama saya ketika kecil, rasanya kita boleh mencipta pelbagai benda menggunakan Lego. Hanya imaginasi yang membataskan kita,” katanya.

Impian David itu tidak hanya sekadar imaginasi tetapi dia turut melanjutkan pengajian dalam bidang bioteknologi di Universiti Internacional de Catalunya, Sepanyol.

Custom-Functional-LEGO-Prosthetic-Arm-by-David-Aguilar-Featured-image



Rekaannya turut mendapat pengiktirafan Guinness World Record.

Pada usia 18 tahun, David mencipta tangan palsu pertama yang diberi nama MK-1 yang diperbuat daripada set helikopter Lego Technic.

Ciptaannya itu turut tercatat dalam rekod Guinness World Record untuk ‘First Functional Lego Prosthetic Arm’ pada 2017. Tangan palsu rekaannya itu memiliki sambungan siku yang boleh digerakkan serta mampu memegang barang yang diangkat.

“Model lengan pertama saya tidak digerakkan oleh mesin, saya mengendalikan lengan dengan otot saya dan ia menyakitkan selepas membuat pelbagai gerakan dalam tempoh yang lama.



“MK-1 cukup kuat untuk menampung berat badan malah mampu melakukan beberapa tekan tubi,” jelasnya.

5c5c9fc2eb3ce813991f9ae3

David bersama beberapa rekaan tangan prostetik miliknya.

Model terbaharu rekaannya, MK-V pula dilengkapi dengan ciri Spike Prime Hub yang boleh diprogram untuk menerima dan mengirimkan arahan daripada sensor tubuh ke motor.



“Ini adalah lengan prostetik paling selesa yang saya hasilkan dan saya tidak perlu menggunakan otot untuk mengangkat sesuatu,” katanya.

Kejayaan mencipta tangan palsu menggunakan Lego itu turut mendapat perhatian daripada Ketua Pembangunan Visual di Marvel, Charlie Wen.

Malah Charlie turut memberi David gelaran sebagai ‘The Real Tony Stark’ atas kejayaannya.

david-aguilar-arm-1024



Lelaki ini tidak pernah melihat kekurangan dirinya sebagai satu masalah.

Bagaimanapun kata David, masih ada beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian dalam rekaannya termasuk keseimbangan di antara fungsi dan keselesaan pemakai.

“Ia mungkin berfungsi tetapi belum tentu selesa kepada seseorang dan sebaliknya. Saya dalam usaha memastikan kedua-dua perkara itu seimbang dan seragam untuk semua pengguna,” katanya.

Terbaharu, David dalam proses mencipta model terbaharu MK-VI iaitu tangan prostetik yang dapat menggerakkan tangan dan siku secara automatik.

Dia juga merancang untuk menghasilkan bahagian jari dengan versi berbeza dengan gerakan lebih semula jadi.

‘The Real Tony Stark’ Gelaran Lelaki Ini Selepas Cipta Tangan Prostetik Daripada LEGO [VIDEO]


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Mohon Doa Orang Ramai..’ Anak Shahrol Shiro Jalani Pembedahan Buah Pinggang

Penolong Pegawai Perubatan Dikecam Gara-Gara Dakwaan HIV Adalah Hukuman Daripada Tuhan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker