UMNO Sedia Letak Muka Baharu Sebagai Calon PRU15 – Zahid
UMNO Sedia Letak Muka Baharu Sebagai Calon PRU15 – Zahid
UMNO bersedia melakukan pembaharuan termasuk memberi peluang kepada muka baharu untuk diletakkan sebagai calon bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Jelas beliau ini kerana ianya bagi menghadapi kedinamikan politik termasuk had umur mengundi yang bakal diturunkan pada usia 18 tahun.
“Itu adalah sesuatu yang wajib, nafas baharu, wajah baharu harus dikemukakan kerana kita tahu bahawa cita rasa pengundi telah bertukar apatah lagi jika pengundi 18 tahun akan pertama kalinya diizinkan untuk mengundi.
“Maka tentunya kita melihat tentunya satu perubahan yang harus diterima sebagai hakikat politik baharu.
“Kita harus menghormati cita rasa sudah di dalam pentas politik tanah air,” katanya pada program Wawancara Khas Bersama Presiden UMNO ‘Anda Musykil Kami Terjah’ di Facebook myTV Online malam tadi.
Tambah Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu lagi ianya juga bagi memastikan parti tidak hanya statik kepada landasan asal malah melakukan perubahan bagi langkah matang untuk menarik minat pengundi muda.
Sementara itu, Ahmad Zahid juga menyifatkan sayap dalam UMNO seperti Pergerakan Pemuda dan Puteri antara aset parti dan memiliki pemimpin yang berkebolehan untuk dibawa ke hadapan.
“Di sana terdapat ramai tokoh-tokoh muda yang potensinya harus digilap dengan diberikan peluang untuk bertanding.
“Di samping itu kita jangan lupa bahawa terdapat pemimpin-pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pelajar malah golongan profesional yang selama ini berminat dengan politik tetapi tidak menonjol.
“Maka perkiraan seperti ini kita harus lakukan untuk melihatkan pembaharuan melalui calon-calon baharu UMNO ini diambil kira untuk kita ketengahkan,” ujar beliau. Umno Online
UMNO Sedia Letak Muka Baharu Sebagai Calon PRU15 – Zahid
Baca Artikel Menarik :
- Air mata Loca B berderai anak tak diiktiraf warganegara
- Isteri ‘Kantoi’ Depan Suami Bila Curang Bersama Lelaki Lain Di Rumah [VIDEO]
- Tak payah jadi menteri kalau tak boleh selesaikan isu dera – Azalina
- Khazanah boleh kaut untung RM36 bilion dalam SEA Ltd jika PH tak jual – Najib
- Najib jawab pengkritik yang mengatakan Ahmad Maslan bersalah kerana bayar kompaun
- Bersalin Ketika Hari Pertama Kembali Bersekolah, Gadis 15 tahun Ini Tak Sedar Dirinya Hamil [VIDEO]
- Najib cadang rakyat beli saham dan had pelaburan ASB dinaikkan
- Resepi Telur Goreng Cripsy Viral
- Siasatan dapati pembantu rumah dirogol oleh Paul Yong
- Mahu Rakam Mercedes Klasik, Sekali Terkejut Tok Mat yang pandu (Video)
- https://mykmu.net/2021/09/28/mat-sabu-tegur-anwar-hina-kerajaan-disokong-ulama-sekali-azalina-mencelah/
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.