Terbuka China: Aaron-Wooi Yik tetap tenang menanti pertarungan akhir

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berada pada tahap keyakinan tertinggi dalam misi meraih gelaran sulung Jelajah Dunia BWF menjelang aksi final Terbuka China, petang ini.

Pasangan ranking ke-11 dunia itu mara ke final selepas menyingkirkan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 21-18, 21-17 pada aksi separuh akhir, malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik melunaskan dendam ke atas lawan berkenaan yang menewaskan mereka ketika separuh akhir Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, bulan lalu.

Menanti Aaron-Wooi Yik di final adalah pasangan nombor tiga dunia, Liang Wei Keng-Wang Chang dari China. Wei Keng-Wang Chang dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke final dengan menewaskan pasangan Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi 21-16, 20-22, 22-20 dalam satu lagi aksi separuh akhir.



“Kami dalam keadaan yang sangat baik, ia adalah prestasi terbaik kami. Kami sangat gembira dapat memenangi perlawanan hari ini (malam tadi) kerana mereka adalah juara dunia dan kami tewas kepada mereka di Kejohanan Dunia.

“Secara keseluruhan prestasi kami konsisten dan tahap keyakinan kami meningkat,” kata Wooi Yik kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Mengulas berkenaan aksi bertemu Wei Keng-Wang Chang, Wooi Yik, berkata: “Tiada tekanan di pihak kami kerana mereka tampil di hadapan penyokong sendiri, peluang adalah seimbang 50-50, jadi kami hanya persiap mental untuk memberi yang terbaik menentang mereka,” katanya.

Terbuka China adalah pentas final ketiga buat Aaron-Wooi Yik musim ini selepas muncul naib juara Terbuka Indonesia Jun lalu, dan Terbuka India pada Januari.



Pada final Terbuka India, Aaron-Wooi Yik tewas kepada gandingan China itu, dalam pertarungan tiga set 21-14, 19-21, 18-21.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker