Luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan – Syed Saddiq

Luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan – Syed Saddiq

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mencadangkan kerajaan supaya menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji serta memberi kelulusan kepada industri hemp dan marijuana perubatan.

Beliau berkata, sudah tiba masa bagi Malaysia melaksanakan usaha itu memandangkan industri terbabit boleh membantu sebagai kaedah rawatan alternatif kepada masalah kesihatan mental dan sebagainya.

“Ini bukan perkara baharu dan saya masih ingat ketika di Kabinet sebelum ini ada kajian dilakukan secara terperinci. Jadi saya berharap kerajaan dapat membentangkan satu kertas kerja yang telus, ikhlas dipacu data dan sains berkenaan baik dan buruknya kelulusan industri ini.

“Saya katakan ini kerana di lebih 40 negara, kelulusan hemp atau marijuana perubatan sudah diberikan seperti di Australia, Amerika Syarikat (AS), Kanada, Argentina, Denmark dan terbaharu Thailand,” katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat hari ini. BH

Luluskan guna hemp, marijuana untuk perubatan – Syed Saddiq


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker