105 orang mati dalam tahanan sejak 2 tahun lalu

105 orang mati dalam tahanan sejak 2 tahun lalu

Menteri Dalam Neger, Hamzah Zainudin memaklumkan seramai 105 individu meninggal dunia semasa dalam tahanan di lokap polis, penjara dan pusat tahanan imigresen sejak tahun lalu.

Dalam jawapan bertulis di parlimen bagi menjawab pertanyaan Kasthuriraani Patto (PH-Batu Kawan) semalam, Hamzah berkata seramai 42 orang meninggal dunia ketika dalam tahanan bagi tahun 2021.

Ketika menjawab soalan Gobind Singh Deo (PH-Puchong) dan Charles Santiago (PH-Klang), Hamzah mengesahkan polis telah melengkapkan siasatan mengenai kes kematian A Ganapathy.

“Merujuk kepada kes A. Ghanapathy, siasatan telah selesai dan telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Selangor dengan cadangan inkues.

“Pada 12 Julai 2021, keputusan untuk diadakan inkues telah diterima. Susulan itu PDRM telah mendaftar permohonan inkues di Mahkamah Koroner Shah Alam pada 30 Ogos 2021,” katanya.

Hamzah bagaimanapun berkata siasatan masih dijalankan berhubung kematian S Sivabalan, S Surendran dan Umar Faruq Abdullah. Mk

105 orang mati dalam tahanan sejak 2 tahun lalu


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat kerja, jangan bagi alasan – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker