Lakukan amang seksual pada anak kawan, warga emas didakwa

Lakukan amang seksual pada anak kawan, warga emas didakwa

Seorang lelaki warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan, hari ini atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun pada Jun tahun lalu.

Tertuduh yang juga seorang buruh berusia 61 tahun membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pendakwaan, tertuduh didakwa menggeselkan kemaluannnya pada kemaluan mangsa yang juga anak kepada kawannya dalam kejadian pada Jun 2020.

Kejadian tersebut didakwa dilakukan kira-kira jam 2 petang di halaman sebuah rumah di Selising, Pasir Puteh.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan boleh dihukum mengikut seksyen 14 akta yang sama.

Sehubungan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Hamid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu Ahmad Fariz tidak menawarkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh merupakan kenalan kepada bapa mangsa.

Mahkamah kemudian menetapkan 20 Oktober depan untuk sebutan fakta kes dan hukuman. Mk

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Lakukan amang seksual pada anak kawan, warga emas didakwa


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker