Pfizer kaji pil antiviral COVID-19

Pfizer kaji pil antiviral COVID-19

Syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat (AS), Pfizer memulakan ujian klinikal terhadap ubat oral antiviral oral COVID-19, menurut laporan semalam.

Fasa pertama ujian perubatan AS itu, PF-07321332, adalah sejenis ubat dipanggil perencat protease, yang berfungsi menyekat enzim yang diperlukan virus itu untuk mereplika dalam sel manusia.

Ketua Pegawai Saintifik Pfizer, Mikael Dolsten, berkata usaha menangani pandemik COVID-19 memerlukan dua langkah, iaitu melalui vaksin dan rawatan bersasar bagi individu yang dijangkiti virus.

“Berdasarkan cara virus SARS-CoV-2 bermutasi dan impak global berterusan akibat COVID-19, adalah kritikal untuk kita memiliki akses kepada pilihan terapeutik untuk masa sekarang dan selepas pandemik berakhir,” katanya dalam satu kenyataan.

Selepas membangunkan vaksin dengan dua dos bersama rakan kongsi Jerman, BioNTech, syarikat farmaseutikal itu merancang membangunkan teknologi mRNA secara sendirian untuk menghasilkan vaksin baharu bagi virus lain.

Teknologi mRNA membolehkan syarikat farmaseutikal menggunakan kaedah itu untuk perubatan dalam bidang lain melangkaui vaksin, yang memiliki potensi pelaburan berbilion dolar.

Kes COVID-19 di AS yang menjadi negara paling teruk di dunia dilanda pandemik itu, melonjak buat pertama kali bulan ini sejak Januari lalu.

AS merekodkan lebih 543,000 kematian akibat COVID-19, manakala jumlah kes dalam tempoh setahun mencatatkan hampir 30 juta, menurut data Johns Hopkins University.

Daripada 156 juta dos vaksin yang diagihkan di AS, 126 juta sudah diberikan seawal Isnin, namun kurang 45 juta orang atau 13.5 peratus populasi sudah menerima dos kedua, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS. BH

Pfizer kaji pil antiviral COVID-19


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker