Adakah polis dilibat urus berhubung RUU IPCC – Tok Mat

Adakah polis dilibat urus berhubung RUU IPCC – Tok Mat

Pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) tidak akan menjadi set undang-undang yang berjaya tanpa pandangan, sokongan dan penyertaan pasukan polis, kata Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

Beliau berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya menumpukan kepada RUU IPCC semata-mata, tanpa mengambil kira ratusan lagi saranan, khusus untuk penambahbaikan operasi dan tatakelola sistem kepolisan yang diusulkan dalam Laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Meningkatkan Operasi dan Pengurusan PDRM, dipengerusikan oleh Mohammad Dzaiddin Abdullah pada 2005,

Mohamad berkata, IPCC hanya satu daripada 125 saranan diusulkan Mohammad Dzaiddin.

“Oleh kerana pembentangan IPCMC telah mendapat bantahan meluas sebelum ini terutama dalam kalangan anggota polis, maka adakah pembaharuan dalam IPCC ini telah dibincangkan secara mendalam dan menyeluruh dengan pemegang taruh sebenar?

“IPCC wajar mendapat dukungan anggota polis kerana ia tidak akan menjadi undang-undang yang berjaya tanpa pandangan, sokongan dan penyertaan bermakna pasukan keselamatan kita,” katanya dalam kenyataan.

IPCC adalah penukaran nama bagi RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Mohamad ketika mengulas lanjut, berkata IPCMC atau IPCC adalah hanya salah satu saranan yang diusulkan.

Katanya, banyak lagi saranan yang berkaitan dengan sumber manusia, kebajikan, imbangan kuasa dan pembaharuan menyeluruh yang wajar dilaksanakan bagi menjadikan sistem kepolisian negara setara dengan standard dunia.

“Reformasi institusi tidak mencukupi hanya sekadar penambahbaikan IPCMC kepada IPCC. Pasukan polis memerlukan lebih dari itu untuk menjadi lebih berkesan dan berwibawa. Saya menyeru kerajaan membentangkan rancangan pembaharuan dan pemodenan polis dengan segera,” katanya.

Beliau berkata, pengorbanan anggota keselamatan sangat luar biasa dan mewajarkan agensi itu diletakkan sebagai keutamaan pembaharuan melangkaui kod tatakelakuan segelintir anggota.

“IPCC mesti diseimbangkan dengan komitmen kerajaan memperbaiki secara menyeluruh gaji, kemajuan kerjaya, kebajikan dan peningkatan kemahiran anggota polis. IPCC hanya akan mencapai matlamatnya jika ia dilaksanakan selari dengan segala pembaharuan lain yang disarankan Laporan Dzaiddin selepas lebih 17 tahun,” katanya. FMT

Adakah polis dilibat urus berhubung RUU IPCC – Tok Mat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker