Wujudkan program khas pelajar ketinggalan – Khaled

Wujudkan program khas pelajar ketinggalan – Khaled

Program khas sepanjang empat tahun perlu dirancang untuk pelajar bagi membolehkan mereka mengejar kembali pendidikan yang telah jauh tertinggal akibat pandemik Covid-19, kata Naib Presiden Umno Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, program terbabit bagi memastikan tidak ada “generasi yang tertinggal” di kalangan pelajar selepas pembelajaran mereka terganggu akibat krisis kesihatan itu.

Katanya, program terbabit boleh dilaksanakan menerusi Pembangunan Bakat Masa Depan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kerana aspek kritikal berkenaan tidak boleh diketepikan sama sekali.

Khaled turut menggesa supaya seluruh sistem dan pendekatan pendidikan sedia ada untuk disemak serta diselaraskan semula “secara besar-besaran”.

“Selain penekanan aspek pembangunan mega yang bersifat fizikal, wujud keperluan mendesak untuk kerajaan memastikan adanya intervensi khusus yang menyeluruh dan berkesan bagi memastikan generasi tertinggal sama ada di bangku sekolah atau institusi pengajian tinggi (IPT), diberikan perhatian,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Khaled berkata, lonjakan adaptasi teknologi dan pendigitalan perlu dimulakan secara radikal dalam sektor perkhidmatan awam kerana ekonomi baharu sangat bergantung kepada kecekapan dan kepantasan perkhidmatan awam.

Menurutnya, Malaysia juga perlu mengembalikan program dan dasar utama bagi mengembalikan imej negara yang selama ini dilihat sebagai mesra pelabur dan pelawat termasuk menyemak semula peraturan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) bagi memudahkan dan menarik pemohon terbabit.

Mengenai keseimbangan kuasa, Khaled berkata kerajaan negeri harus diberikan kuasa dan mandat lebih besar untuk merancang agenda pembangunan mereka dan bukan sekadar menurut pelan kerajaan persekutuan.

“Kita sudah kerugian dan tertinggal dalam banyak perkara. Bukan sahaja kerana pandemik global yang masih belum reda. Tetapi disebabkan percaturan politik yang tidak berkesudahan dan kegagalan kita untuk selalunya melaksanakan apa yang dirancang dengan baik.

“Ini adalah masa untuk Malaysia sebagai sebuah negara menebus kembali jalan masa depannya dengan yakin, bermaruah dan membanggakan,” katanya. FMT

Wujudkan program khas pelajar ketinggalan – Khaled


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tak mustahil saya kembali dengan Semangat 46 – Ku Li

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker