Pemandu Myvi ragut tauke dodol

Pemandu Myvi ragut tauke dodol

ALOR GAJAH: Seorang lelaki berpura-pura ingin membeli dodol sebelum meragut rantai emas dipakai peniaga wanita di Kampung Air Tanai, Air Paabas di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi tadi, suspek dipercayai dalam lingkungan usia 20-an turut melarikan dodol jualan mangsa dengan menaiki kereta jenis Perodua Myvi.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Arshad Abu berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian pada pukul 11.40 pagi dan sepasukan anggota telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Hasil maklumat awal, mangsa berusia 54 tahun mengusahakan dodol warisan keluarga dari rumahnya dan ketika kejadian, dia tinggal seorang diri.

“Pada pukul 11.30 pagi, mangsa telah didatangi suspek mendakwa ingin membeli dodol sebelum tiba-tiba lelaki itu bertindak menyentap dan melarikan rantai emas dipakainya yang bernilai kira-kira RM2,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek juga sempat mengambil dodol jualan wanita terbabit berharga RM30 sebelum meloloskan diri dengan menaiki kereta berwarna putih.



Ujarnya, bagaimanapun, mangsa tidak mengalami kecederaan dan pihaknya sedang giat memburu peragut tersebut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diharap dapat tampil bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana samun ragut,” jelasnya. Utusan

Pemandu Myvi ragut tauke dodol




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker