Whatsapp minta duit, Hattan lapor polis

Whatsapp minta duit, Hattan lapor polis

Penyanyi bersuara emas, Datuk Hattan menzahirkan rasa kecewa dan terkilan selepas aplikasi Whatsapp miliknya digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan itu, dengan lantas dia mengambil inisiatif untuk membuat satu laporan polis sebagai langkah berjaga-jaga agar kejadian sebegitu tidak berulang lagi.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu popular Mahligai Syahdu itu memuat naik satu video yang memaparkan dia sedang memegang sehelai surat laporan polis yang dibuatnya.

“Saya baru balik daripada balai polis untuk membuat laporan polis. Telefon saya digodam. Petang tadi nombor telefon kawan saya yang ada gambar dia. Kemudian, dia Whatsapp saya konon-konon minta tolong.

“Malam ini gambar saya pula yang kena. Habis semua kawan-kawan saya terima Whatsapp katanya saya minta wang RM200 ke RM300. Itu adalah scam,” kongsinya menerusi video tersebut.

Dalam pada itu, Hattan menegaskan kepada orang ramai agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melayan perkara berkenaan.

“Jadi, kita perlu hati-hati dan jangan layan perkara sebegini.

“Walaupun saya miskin, tiadanya pergi meredah hantar kepada orang macam ini,” katanya bernada tegas.

Sebelum ini, aplikasi Whatsapp pelakon senior terkenal, Mubarak Majid juga telah digodam oleh seorang individu yang tidak bertanggungjawab untuk memperdaya kenalan dalam senarai telefon bimbitnya. Utusan

Whatsapp minta duit, Hattan lapor polis


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker