Penghantar makanan tamatkan PhD tarik perhatian ramai

Penghantar makanan tamatkan PhD tarik perhatian ramai

Kisah seorang penghantar makanan, Mohd. Akmal Azhar yang berjaya menamatkan pengajian ijazah doktor falsafah (PhD) mencuri tumpuan orang ramai khususnya netizen setelah kagum dengan kegigihan lelaki tersebut.

Perkara itu dikongsikan oleh orang ramai menerusi hantaran Facebook masing-masing setelah berita itu tular dalam media sosial.

Rata-rata orang ramai kagum dengan pengorbanan lelaki Mohd. Azhar untuk menyiapkan PhD disamping mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Terdahulu, tular gambar Mohd Azhar dengan menunjukkan tesis PhD yang dijalankan di Universiti Malaysia Pahang di samping memakai pakaian seorang penghantar makanan bersama motosikal dnaiki.

Dalam pada itu, lelaki tersebut dalam Facebooknya mengucapkan ucapan Alhamdulillah kerana akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian PhD setelah empat tahun berhempas-pulas menyiapkan tesis itu.

“Terima kasih yang tidak terhingga penyelia, Prof Mimi Sakinah atas segala ilmu dan tunjuk ajarnya.Terima kasih juga kepada emak dan ayah atas dorongan dan doa, tanpa doa dari mereka mustahil rasanya untuk selesaikan pengajian ni.

“Terima kasih juga kepada isteri yang tercinta kerana sangat menyokong dan memahami hidup sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak duri dan ranjau yang perlu diharungi sepanjang empat tahun ini. Alhamdulillah,Terima kasih Allah,” katanya. Utusan

Penghantar makanan tamatkan PhD tarik perhatian ramai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker