Balai polis, lebih 80 rumah dinaiki air

Balai polis, lebih 80 rumah dinaiki air

SUNGAI SIPUT – Lebih 80 buah rumah dinaiki air dalam kejadian banjir kilat di pekan dan Kampung Lintang, Kampung Chior serta Kampung Tok Sirat di sini awal pagi tadi.

Turut terjejas Sekolah Kebangsaan (SK) Lintang dan Balai Polis Lintang yang dinaiki air lebih satu meter.

Pengerusi Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd. Zolkafly Harun berkata, kerosakan melibatkan komputer di Pusat Sumber SK Lintang.

Beliau juga menyifatkan kejadian banjir kali ini lebih teruk berbanding pada 2014 kerana melibatkan banyak kawasan.

“Banjir bermula pukul 1 pagi hingga menyebabkan seramai 103 penduduk dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS).

“Ini merupakan kejadian terburuk berbanding 2014 kerana hampir keseluruhan kawasan dinaiki air melebihi satu meter,” katanya selepas meninjau banjir di Pekan Lintang hari ini.

Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar akan membuat penilaian kerosakan secara terperinci dan bantuan akan salurkan kepada mangsa secepat mungkin.

Sementara itu, Mohd. Zolkafly meminta orang ramai terutama yang tinggal di lokasi berisiko supaya berwaspada ekoran hujan yang tidak menentu ketika ini. K Online

Balai polis, lebih 80 rumah dinaiki air


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sittah Annur PMYT bertaubat akhirnya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker