Manchester United tersungkur di laman sendiri

Manchester United tersungkur di laman sendiri

MANCHESTER – Manchester United mengalami kekalahan pertama pada kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas tewas 0-1 kepada Aston Villa pada aksi di Old Trafford sebentar tadi.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Red Devils hampir ketinggalan apabila pasukan pelawat terlebih dahulu memiliki dua peluang keemasan di awal saingan menerusi Matt Targett dan Ollie Watkins tetapi gagal memecah gawang yang dikawal rapi oleh penjaga gol, David De Gea.



United yang dikendalikan oleh Ole Gunnar Solksjaer turut memiliki peluang terhidang menerusi percubaan Mason Greenwood tetapi rembatannya berjaya ditangkap kemas oleh Emiliano Martinez.

Pada penghujung babak pertama, United terus ghairah untuk memburu gol tetapi tandukan yang dilakukan oleh kapten pasukan, Harry Maguire berjaya diselamatkan oleh Martinez.

Bersambung pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan tetapi pertahanan ampuh Villa berjaya merantai jentera utama pasukan tuan rumah yang diketuai oleh Cristiano Ronaldo.

Greenwood, Ronaldo dan dua tonggak tengah, Bruno Fernandes serta Paul Pogba terus mengasak benteng Villa tetapi masih tetap menemui jalan buntu.



Kesempatan itu digunakan oleh skuad kendalian Dean Smith untuk meraih gol pada minit ke-88 hasil tandukan tonggak pertahanan, Kortney Hause berjaya menyudahkan hantaran Douglas Luiz.

United hampir meraih mata saguhati apabila diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan selepas bola terkena tangan Hause tetapi peluang itu gagal disempurnakan oleh Fernandes.

Keputusan tersebut kekal sehingga tamat perlawanan dan menyaksikan United kini mengumpul 13 mata, manakala Villa meraih 10 mata selepas mengharungi enam perlawanan.

Kekalahan itu juga merupakan yang kedua berturut-turut buat United selepas tersingkir pada saingan Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas 0-1 kepada West Ham awal pagi Khamis lepas. K Online



Manchester United tersungkur di laman sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Wajah Uqasha dah macam Sajat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker