Zakar mereput selepas tersekat dalam botol plastik

Zakar mereput selepas tersekat dalam botol plastik

KATHMANDU, NEPAL – Tindakan seorang lelaki yang memasukkan zakarnya ke dalam sebuah botol minuman plastik kerana ketagihan seks mengundang padah apabila alat sulitnya itu menjadi reput selepas dibiarkan selama dua bulan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Lelaki berusia 45 tahun yang tidak didedahkan identitinya itu mengakui bahawa dia memasukkan zakarnya ke dalam botol plastik tersebut untuk mencengkam zakarnya bagi memperoleh kepuasan seksual.



Menurut doktor, kaedah tersebut boleh menyebabkan gangguan pada peredaran darah, seterusnya menyebabkan zakar mereput.

Pasukan perubatan di Institut Sains Kesihatan Koirala berkata, zakar lelaki itu menjadi sangat bengkak akibat kekurangan aliran darah selain dia turut berdepan dengan risiko kerosakan zakar yang berpanjangan.

Mereka terpaksa mengeluarkan zakar lelaki itu daripada botol tersebut dengan menggunakan pemotong wayar kabel untuk mengembalikan aliran darah dan tisu badan.

“Kaedah mencengkam kemaluan sering digunakan oleh pesakit mental bagi memperbaiki prestasi seksual mereka dengan memanjangkan jangka masa ereksi,” kata pasukan perubatan itu.



Selepas dirawat, lelaki tersebut dilaporkan tidak kembali ke hospital itu untuk pemeriksaan susulan dan pasukan perubatan tidak mengetahui sama ada dia telah sembuh atau sebaliknya. K Online

Zakar mereput selepas tersekat dalam botol plastik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Wajah Uqasha dah macam Sajat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker