Kelindan Maut Tersepit Dalam Lori Akibat Terbabas

Kelindan Maut Tersepit Dalam Lori Akibat Terbabas

BENTONG: Seorang kelindan maut selepas lori dinaikinya terbabas di Kilometer (KM) 96.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Karak ke Lanchang pada Sabtu.

Dalam kejadian jam 6.40 pagi itu, mangsa, Muhammad Alif Roslan, 23, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu lori yang berusia 38 mengalami kecederaan ringan.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Karak, Penolong Penguasa Bomba, Suhairul Ibrahim berkata, seramai empat anggota dan seorang pegawai bersama dua jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat.

Menurutnya, kejadian itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu yang terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Seorang mangsa lelaki dewasa telah dikeluarkan oleh orang awam dan mengalami kecederaan ringan, manakala kelindan lori itu tersepit di tempat duduk penumpang dan tidak sedarkan diri.

“Anggota bomba mengambil masa kira-kira tiga minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan pemotong penyelamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lanchang.



“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-SH

Kelindan Maut Tersepit Dalam Lori Akibat Terbabas


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Laluan di MRR2 tutup 6 bulan



Lori ‘mabuk’, pemandu positif dadah rupanya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker