Giliran Zizan tarik diri dari ABPBH34
Giliran Zizan tarik diri dari ABPBH34
Ingin memberi peluang kepada bakat baharu, selebriti versatil Zizan Razak mengambil keputusan untuk menarik diri daripada dicalonkan dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) yang dijadualkan berlangsung pada 13 November depan.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, 37, keputusan tersebut dibuat kerana berasakan bakat baharu seharusnya diberi peluang untuk bertanding dalam acara berprestij tersebut.
“Seiring usia dalam bidang seni, saya mengambil keputusan untuk menarik diri daripada sebarang pencalonan ABPBH34.
“Saya percaya ABP kali ini harus diraikan kepada bakat-bakat baharu yang bertanding. Hal ini telah dimaklumkan kepada pihak penganjur,” katanya dalam satu entri Instagram.
Menerusi hantaran sama, Zizan yang lahir daripada program realiti Raja Lawak itu berpendapat ABP merupakan sebuah acara hebat yang telah mengiktiraf anak seni tanah air sepanjang 34 tahun penganjuran.
“ABP antara majlis anugerah yang banyak memberi pengkitirafan kepada nama-nama besar dalam industri hiburan Malaysia.
“Sejujurnya, ABP ialah sebuah majlis anugerah yang mendekatkan saya dengan para peminat dan di situlah kami berkumpul serta mengenali antara satu sama lain. Semua mencatatkan momen manis!” ujarnya lagi.
Pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 itu turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas sokongan peminat terhadapnya selama ini.
Malah, dia turut mendoakan kejayaan untuk semua calon yang bertanding pada tahun ini.
“Terima kasih kepada pihak penganjur yang saban tahun mencalonkan saya, terutama para peminat yang sentiasa mengundi sepanjang penganjuran ABPBH.
“Saya akan terus menyokong ABP dari luar gelanggang. Selamat berjaya kepada semua calon!” kata pelantun lagu Bawaku Pergi itu.
Untuk rekod, Zizan pernah memenangi beberapa kategori dalam ABP, antaranya Pelawak Lelaki Paling Popular pada tahun 2010, Hos TV Lelaki Popular (2011), Gandingan Di Layar Serasi Popular dan Artis Berpengaruh di Laman Media Popular (2013).
Untuk tahun ini, dia dicalonkan dalam dua kategori iaitu Artis Versatil Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular.
Sebelum Zizan, dua aktor popular iaitu Remy Ishak dan Zul Ariffin turut mengumumkan pengunduran daripada semua kategori dalam ABPBH34. K Online
Giliran Zizan tarik diri dari ABPBH34
Baca Artikel Menarik :
- Pulau Pinang masih milik Kedah
- Abang sumpah laknat, dakwa adik mangsa gangguan seksual pendakwah terkenal
- Bomoh Dari Singapura, Kaut Untung RM216,000 Sebulan Dengan Hanya Membaca Mantera
- Ramai Yang ‘U-Turn’ Minta Maaf Pada Caprice
- Penyampai Radio Dicekup Untuk Bantu Siasatan
- Ditahan Berbaju Ketat Dan Berseluar Pendek
- Pandai suruh orang rehat, patut pemimpin PH yang dah kena dakwa cuti dulu
- Mimi Lana kena kecam hebat dengan netizen
- Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak – Rita
- Telaga neraka, penjara jin ditemui di Yemen (Video)
- Resepi Udang Galah Masak Lemak
Layari Laman Facebook MYKMU
Tembakan rambang di pasar raya, 2 maut