Perlis larang mak nyah masuk masjid jika kekal dalam kecelaruan jantina

Perlis larang mak nyah masuk masjid jika kekal dalam kecelaruan jantina, kata mufti

Perlis melarang golongan mak nyah memasuki masjid jika kekal dalam keadaan kecelaruan jantina kerana boleh mengganggu suasana ibadat, kata Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin.

Asri berkata, solat jemaah golongan yang turut dikenali sebagai “mukhannath” atau transgender hendaklah berdasarkan jantina mereka yang sebenar.

“Golongan ini juga dilarang mengerjakan haji dan umrah jika penampilan mereka boleh menimbulkan fitnah kepada jemaah haji dan umrah.

“Jenazah golongan ini diuruskan berdasarkan jantina yang sebenar. Pihak pengurusan jenazah memilih mereka yang sesuai untuk mengendalikan jenazah bagi mengelakkan fitnah.

“Lelaki daripada golongan ini boleh menjadi wali dengan syarat ketika proses perwalian dia tampil dengan perwatakan lelaki,” katanya dalam kenyataan dimuatkan di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis.

Beliau berkata, jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada lelaki sejak asal, bukan dibuat-buat adalah tidak dinamakan dengan tasyabbuh.

“Golongan ini dipanggil mukhannath khalqi iaitu seorang yang mempunyai sifat keperempuanan yang tidak disengajakan. Demikian juga wanita yang mempunyai sifat lelaki sejak asal seperti suara yang garau. Golongan ini dimaafkan selagi mana ia bukan disengajakan.

“Demikian juga lelaki atau wanita yang memiliki perasaan seks kepada golongan sejenis tanpa sengaja, namun tidak melakukan apa-apa perbuatan yang mencanggahi syarak adalah dimaafkan, bahkan jika dia bersabar menahan dirinya dari melakukan perbuatan yang haram, dia mendapat pahala yang besar,” katanya.

Tasyabbuh membawa maksud perbuatan lelaki atau wanita dengan sengaja meniru jantina yang berbeza dari segi pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau berpakaian tanpa mempunyai keperluan yang dibenarkan oleh syarak seperti pendidikan, penyaksian atau pemberian keterangan dan seumpamanya.

Katanya, hukum tasyabbuh adalah haram dan termasuk dalam dosa besar yang dilaknat oleh Allah seperti dalam hadis Nabi Muhammad daripada Ibn Abbas, diriwayatkan Al-Bukhari.

“Rasulullah SAW melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan orang wanita yang menyerupai lelaki,” katanya. FMT

Perlis larang mak nyah masuk masjid jika kekal dalam kecelaruan jantina


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Biarlah Mahathir terjun dengan labu-labunya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker