Surat Pengurus Liverpool Klopp Untuk Pesakit Kanser

Surat Pengurus Liverpool Klopp Untuk Pesakit Kanser

TULAR di media sosial tentang sepucuk surat dikirimkan oleh pengurus Liverpool, Jurgen Klopp kepada seorang peminat kelab berkenaan yang menderita penyakit kanser.

Seorang peminat Liverpool, Andy, memuat naik gambar surat yang ditulis sendiri oleh Klopp itu dan ditujukan kepada abangnya, Chris.



Surat berkenaan dihantar dari pusat latihan Liverpool, AXA Training Centre dan Klopp turut menandatangani surat terbabit.

“Abang saya menerima surat dari Klopp ketika menerima rawatan untuk penyakit kansernya. Lelaki yang sangat hebat,” kata Andy menerusi Twitternya pada Isnin.

Dalam surat tersebut, Klopp mengatakan semua orang di Liverpool menyokong Chris dan mendoakan dia agar sembuh.

Klopp juga menyifatkan Chris dan semua peminat The Reds merupakan sebahagian daripada keluarga besar kelab berkenaan.



Foto surat itu mendapat puluhan ribu like di Twitter Andy dan ramai peminat Liverpool lain turut mendoakan agar Chris sembuh.

Namun Chris meninggal dunia pada 18 September lalu.

“Abang saya kalah dalam pertempurannya yang berani melawan kanser hari ini. Sangat sedih,” tulis Andy. — Tribuna



Surat Pengurus Liverpool Klopp Untuk Pesakit Kanser


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Hanif Omar mohon maaf kepada Kit Siang

Bencana di Gunung Jerai takdir Allah – Takiyuddin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker