Tegas cari pelaku pencemar air, NGO beritahu Selangor

Tegas cari pelaku pencemar air, NGO beritahu Selangor

NGO Air dan Tenaga menggesa kerajaan Selangor lebih tegas mencari “pelaku” susulan kekerapan insiden pencemaran sumber air, terbaru membabitkan loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor, Selasa lalu.

Pencemaran bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang itu menyebabkan gangguan bekalan air di sebahagian kawasan di Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor.

Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) berkata pengguna mengalami kesukaran akibat ketiadaan bekalan air, meski pun Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ada menggerakkan lori tangki ke lokasi kritikal.

“Bila pencemaran berulang, ia beri impak besar kerana empat loji yang mengalami henti tugas menyalurkan air terawat kepada separuh penduduk Lembah Klang,” kata presidennya S Piarapakaran kepada FMT.

“Setiap kali (berlaku henti tugas) hanya kata pencemaran bau tetapi kita tak tumpu apa bahan itu, siapakah puncanya… sebab selagi kita tak tangkap pihak yang bersalah dan bawa ke muka pengadilan perkara ini akan terus berlaku,” tambahnya.

Empat LRA – Sungai Selangor Fasa 1(SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang – mengalami henti tugas pada Selasa ekoran insiden pencemaran bau dikesan di Sungai Selangor.

Exco Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaluddin memaklumkan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengesan bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang yang menyebabkan pencemaran kepada tiga lagi LRA.

Piarapakaran berkata pihaknya sebelum ini sudah mencadangkan Jabatan Alam Sekitar dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama mengenal pasti jenis industri di kawasan komersial, yang berada berdekatan sungai.

“Kita boleh tahu kalau ada risiko untuk kawasan sungai menjadi sumber air,” katanya yang pernah mencadangkan penubuhan pangkalan data membabitkan industri untuk memudahkan mengesan pergerakan bahan kimia.

“Kita boleh tahu lokasi pencemaran dan bahan tidak sepatutnya berada di sungai, malah dapat kenal pasti pesalah disyaki dengan cepat,” katanya.

Pada 2020, Kerajaan Selangor meluluskan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Luas yang menetapkan denda antara RM200,000 hingga RM1 juta bagi pihak yang didapati bersalah mencemar sumber air di negeri itu, selain penjara. FMT

Tegas cari pelaku pencemar air, NGO beritahu Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10: Syafinaz tidak mahu Elly Mazlien atas pentas

Badrul Muhayat makin berisi lepas kahwin lagi

Noniswara terima untuk bermadu

Penyanyi tak bayar sewa dan bil letrik, tuan rumah buat laporan polis

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker