Long COVID menyiksakan – Pegawai perubatan
Long COVID menyiksakan – Pegawai perubatan
Penderitaan pesakit COVID-19, tidak berakhir walaupun selepas disahkan sembuh, sebaliknya berkemungkinan berterusan untuk tempoh yang panjang.
Pegawai perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Samhan Awang, berkata pesakit COVID-19 yang sudah sembuh, khususnya kategori dua, tiga, empat dan lima, boleh mengalami komplikasi jangka panjang yang dikenali sebagai Long COVID, sehingga berbulan lamanya.
Terdapat lima kategori bagi pesakit COVID-19 iaitu kategori satu (tidak bergejala), dua (gejala ringan), tiga (jangkitan paru-paru), empat (perlu bantuan pernafasan) dan lima (kegagalan organ).
“Antara komplikasi berpanjangan ini seperti batuk tak hilang-hilang, hidung tersumbat, lendir di tekak.
“Kalau sebelum ini boleh jogging, sekarang jalan pun semput. Buah pinggang rosak sampai kena dialisis.
“Sakit tubuh tak hilang, sakit perut berpanjangan dan selalu sakit dada serta sakit kepala yang teruk. Ada yang sampai hilang ingatan dan ada yang mandul. Memang menakutkan.
“Kita nampak setiap hari angka kes positif dan kes sembuh, tapi hakikatnya berapa ramai yang sembuh tapi menanggung Long COVID. Memang sangat menyiksakan,” katanya yang memaparkan penjelasan mengenai Long COVID ini di laman sosial.
Dr Ahmad Samhan berkata, antara faktor mengapa pengambilan vaksin COVID-19 amat ditekankan adalah bagi mengurangkan risiko individu dijangkiti COVID-19.
“Itulah tujuan sebenar kena ambil vaksin. Long COVID ini lebih menakutkan daripada kesan sampingan vaksin,” katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan sejumlah 12,654 pesakit COVID-19 dikesan mengalami Long COVID.
Lima gejala utama Long COVID adalah kelesuan (79.2 peratus), sesak nafas apabila melakukan aktiviti tertentu (52.6 peratus), batuk (17.2 peratus), kesukaran tidur (14.6 peratus) dan keresahan (10.6 peratus).
Long COVID adalah keadaan pesakit menghidap gejala dan tanda COVID-19 melebihi tempoh empat minggu.
Ia merangkumi dua tahap, iaitu gejala berterusan COVID-19 bagi pesakit yang bergejala dalam tempoh empat hingga 12 minggu serta sindrom pasca COVID-19 iaitu pesakit yang bergejala melebihi 12 minggu dan tidak dapat dikaitkan dengan diagnosis alternatif yang lain. BH
Long COVID menyiksakan – Pegawai perubatan
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU