Zizi Kirana Sah Milik Yusuf Bahrin, Semuanya DiLakukan Saat Akhir Dan Majlis Resepsi Disember [VIDEO]

Zizi Kirana Sah Milik Yusuf Bahrin, Semuanya DiLakukan Saat Akhir Dan Majlis Resepsi Disember

BUKAN lagi gosip, penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusuf Bahrin akhirnya selamat bernikah pada Ahad, sehari selepas mStar mendedahkan tentang rancangan mereka untuk berumah tangga.

Zizi atau nama sebenar Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 36, sah bergelar isteri kepada Yusuf Bahrin, 29, dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Usamah Bin Zaid, Murshidi Abd Hamid berwakil walikan bapa Zizi sendiri, Mad Tahil

Majlis pernikahan diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan hanya dihadiri oleh keluarga terdekat.

Penyanyi lagu Eh ini menerima mas kahwin senaskah Al-Quran, sebentuk cincin dan seutas gelang tangan, manakala wang hantaran pula tidak didedahkan.

Zizi dilihat anggun mengenakan persalinan hitam klasik rekaan Shanell Harun dan ditatarias oleh jurusolek terkenal Datuk Alha Alfa.

Usai pernikahan, pasangan pengantin meluahkan rasa syukur majlis akad nikah mereka berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.

“Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar… kalau nak tahu hari Jumaat lepas baru kami dapat tarikh dan lokasi nikah.

“Semuanya dilakukan saat-saat akhir! Syukur pernikahan kami ini dipermudahkan… doakan semoga perkahwinan ini diberkati dan kekal sampai ke Jannah

“InsyaAllah kami merancang untuk mengadakan dua majlis resepsi iaitu di Sabah dan kampung halaman Yusuf di Melaka pada Disember depan,” kata Zizi kepada mStar.

Berkongsi mengenai perkenalan mereka, Zizi berkata dia mula mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together Now Malaysia (ATNMY) awal tahun ini.

Mereka mula serius mengenali hati budi masing-masing kira-kira dua bulan lalu sebelum mengambil keputusan meneruskan fasa hubungan ke alam perkahwinan

“Pertama kali jumpa kenal Yusuf semasa rakaman program ATNMY, masa tu kami tak bertegur pun, masih belum ada perasaan… sehinggalah selepas raya Aidilfitri lalu, dia menghubungi saya dan kami mula berkawan.

“Saya selesa berkawan dengannya dan nampak dia ikhlas dalam perhubungan ini… hujung bulan Ogos kami rancang untuk terus berkahwin.

Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami ini, jadi rasanya tak perlulah nak tunggu lama-lama!

“Sejujurnya sepanjang perkenalan ini, kami hanya berjumpa beberapa kali sahaja kerana Perintah Kawalan Pergerakan. Kami lebih banyak berkomunikasi menerusi telefon bimbit dan media sosial,” ujarnya.

Ditanya mengenai cahaya mata, Zizi berkata dia dan Yusuf bersedia menerima zuriat dalam masa terdekat.

“Kalau ada rezeki anak, kami terima seadanya. Kalau ada dua anak pun dah cukup!

“Tiada perancangan bulan madu sebab Isnin ini saya dah bekerja macam biasa… cuma kita ada rancang untuk tunaikan umrah bersama selepas sempadan negara dibuka,” katanya.-mSTAR

Zizi Kirana Sah Milik Yusuf Bahrin, Semuanya DiLakukan Saat Akhir Dan Majlis Resepsi Disember


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zizi Kirana, Yusuf Bahrain Beri Bayangan Diijabkabul Hari Ini

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Bernikah Bulan Depan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker