Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Bernikah Bulan Depan [VIDEO]

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Bernikah Bulan Depan

PANGGILAN sayang yang diungkapkan aktor Yusuf Bahrin terhadap Zizi Kirana dalam satu rakaman yang tular pada awal September lalu nampaknya memberi isyarat hubungan mereka sudah memasuki fasa serius.

Ini kerana pasangan itu dikhabarkan sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga yang dijadualkan bulan depan.

“Mereka telah menghantar dokumen ke pejabat agama untuk urusan nikah. Sekarang tengah tunggu tarikh saja. Mungkin bulan depan (nikah),” demikian menurut sumber kepada mStar

Malah Yusuf juga dikatakan telah menyusun jadual penggambarannya agar tidak bertembung dengan majlis dirancang itu.

Bagaimanapun usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan daripada mereka berdua gagal apabila Zizi serta Yusuf tidak menjawab panggilan dan membalas mesej.

Sebelum ini kecoh apabila tular rakaman Yusuf memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika mengadakan sesi Instagram Live (IG Live) pada awal September lalu.

Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun ketika dihubungi mStar berkata dia enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.

Penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Jika benar khabar gembira ini kita doakan urusan mereka dipermudahkan.

Kecoh panggilan ‘sayang’, Zizi Kirana mengaku sudah dua bulan rapat dengan Yusuf Bahrin

PANGGILAN sayang pelakon Yusuf Bahrin kepada penyanyi Zizi Kirana ketika di IG Live baru-baru menimbulkan tanda tanya netizen yang beranggapan mereka sedang bercinta.
Gembira melihat peminat teruja dengan kemesraan mereka, pemilik nama Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil ini menjelaskan panggilan itu sekadar gurauan sahaja.

Akui berasa selesa dengan Yusuf, penyanyi berusia 36 tahun ini bagaimanapun enggan meletakkan sebarang status dalam perhubungan mereka.
Peminat teruja apabila Yusuf panggil Zizi dengan panggilan ‘sayang

“Panggilan sayang itu saja-saja… bukanlah kami memang menggunakan panggilan itu. Tapi tak sangka la ramai peminat suka melihat kami berdua.

“Bila peminat suka, kami pun rasa happy. Sejujurnya, saya selesa dengan Yusuf. Dia seorang yang soft spoken dan baik.

“Saya tak nak letakkan sebarang status apabila melibatkan soal hubungan. Takut nanti letak harapan dan kecewa. Apa-apa pun, doa yang baik-baik,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, tular video memperlihatkan Yusuf secara spontan memanggil Zizi dengan gelaran ‘sayang’ ketika berbual di Instagram live

Rata-rata netizen menyukai dan merestui sekiranya aktor berusia 29 tahun itu benar-benar mempunyai hubungan cinta dengan Zizi.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Eh ini mendedahkan dia mengenali Yusuf ketika rakaman program All Together namun mula berkawan sejak dua bulan lalu menerusi laman Instagram.

Hanya berhubung melalui telefon, penyanyi yang berasal dari Sabah ini tidak menolak sekiranya Yusuf adalah jodoh yang ditetapkan oleh Allah untuknya

“Apa yang boleh saya kongsi, kami sedang berkawan baru saja sekitar dua bulan lalu. Kami kenal menerusi program All Together tapi ketika itu tak bertegur pun.

“Mula bertegur di IG masa Hari Raya Aidiladha lalu. Tapi sepanjang berkawan ini, kami tak pernah berjumpa pun. Hanya berhubung menerusi telefon sahaja.

“Soal jodoh ini, saya serah kepada Allah. Insya-Allah kalau ada jodoh, Alhamdulillah. Tapi kalau tak ada, kami tetap kawan,” ujar-mSTAR

Yusuf Bahrin, Zizi Kirana Dikhabarkan Bernikah Bulan Depan


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Zizi tak tolak jodoh dengan Yusuf

Bengang selalu ‘dibandingkan’, cucu bakar rumah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker