Ismail suarakan kegusaran terhadap kerjasama kapal selam nuklear Australia

Ismail suarakan kegusaran terhadap kerjasama kapal selam nuklear Australia

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama tiga hala antara Australia-United Kingdom-Amerika Syarikat yang dikenali sebagai AUKUS.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menyebut, Ismail Sabri Yaakob semalam telah menerima panggilan telefon daripada Perdana Menteri Australia, Scott Morrison.

Menurut beliau, kerjasama itu bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.

“Pada masa yang sama ia akan memprovokasi kuasa-kuasa lain untuk turut bertindak lebih agresif di rantau ini terutamanya di Laut China Selatan,” katanya.

Ismail berkata, sebagai sebuah negara dalam ASEAN, Malaysia memegang prinsip untuk mengekalkan ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN).

Selain itu, Ismail juga menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian dan pendekatan sedia ada Malaysia terhadap kapal selam berkuasa nuklear yang beroperasi di perairan Malaysia.

Ia termasuk di bawah Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan Undang- Undang Laut 1982 (UNCLOS) dan Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ).

“Perdana Menteri Malaysia menggesa semua pihak agar mengelakkan sebarang provokasi serta persaingan senjata di rantau ini, selain menekankan kepentingan menghormati dan mematuhi pendirian serta pendekatan sedia ada.”

Semasa sesi panggilan telefon itu, kedua-dua pemimpin turut mencapai kata sepakat dalam memperbaharui komitmen bersama bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa, khususnya di rantau Indo-Pasifik.

AUKUS adalah perjanjian keselamatan tiga hala di mana Amerika Syarikat dan United Kingdom akan membantu Australia untuk membangun dan mengatur kedudukan kapal selam berkuasa nuklear ke wilayah Pasifik. FMT

Ismail suarakan kegusaran terhadap kerjasama kapal selam nuklear Australia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker