Bukan semua menteri ada ‘escort’



Sebaran :

Bukan semua menteri ada ‘escort’

Bukan semua menteri dan timbalan menteri diberikan perkhidmatan pengiring oleh polis, tetapi hanya sesetengah sahaja yang menikmati keistimewaan tersebut.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali berkata, polis menghantar pasukan khas untuk melindungi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, empat orang menteri kanan dan Menteri Dalam Negeri.

“Selain itu, sebagai pemimpin tertinggi Polis Diraja Malaysia, Ketua Polis Negara juga diberikan perkhidmatan ini.



“Untuk Timbalan Ketua Polis Negara pula, ia bergantung kepada keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinchew Daily ketika mengulas khabar angin bahawa semua menteri dan timbalan menteri di bawah kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diberikan escort oleh polis.

Desas-desus itu bagaimanapun dinafikan Hazani yang memberitahu bahawa hanya pemimpin tertentu yang menerima escort polis.

“Sebelum ini, polis hanya melakukan escort untuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara.



“Tetapi selepas kerajaan terdahulu menambah empat jawatan menteri kanan, kami juga menambah pegawai untuk melakukan escort untuk mereka,” katanya.

Menurutnya, selain itu, polis juga menyediakan escort untuk pemimpin luar negara yang melawat Malaysia dan juga kerabat diraja.

“Untuk keselamatan Menteri Pertahanan pula, tanggungjawab ini diberikan kepada Angkatan Tentera Malaysia,” jelasnya. MG

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Bukan semua menteri ada ‘escort’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :


Leave a Reply