Perlu Dos Penggalak Vaksin Covid-19, Kadar Imuniti Badan Mungkin Berkurang – Dr Annuar
Perlu Dos Penggalak Vaksin Covid-19, Kadar Imuniti Badan Mungkin Berkurang – Dr Annuar
SIBU: Akhir-akhir ini, Sarawak mencatatkan peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian mendadak, malah menjadi negeri yang mencatatkan jumlah kes tertinggi di Malaysia, selain Selangor.
Menurut Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu, Dr Annuar Rapaee, hal ini disebabkan oleh varian Delta yang sangat mudah merebak dan kemungkinan kadar imuniti badan yang berkurang setelah divaksin.
Ini kerana, Sarawak merupakan negeri yang terawal menerima vaksinasi di negara ini.
“Saya dah beri penjelasan, pertama, ia disebabkan oleh varian Delta. Kedua, seperti yang dikatakan Menteri Kesihatan, mungkin imuniti tubuh kita berkurangan selepas suntikan vaksin.
“Sebab, kita dahulu yang pertama selesai memberi suntikan (vaksin). Kerana itu, secara peribadi, saya selalu menekankan, kita perlukan dos penggalak,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun, jelas Annuar, semuanya terletak di tangan pakar untuk membuat keputusan bagi menentukan jenis dos penggalak yang bakal digunakan.
Tambahnya, meskipun beliau sering menekankan agar tidak terlalu fokus kepada jumlah kes harian, sebaliknya turut mempertimbangkan parameter lain, namun jumlah itu penting bagi mengetahui sejauh mana jangkitan COVID-19 terhadap komuniti.
Mengulas mengenai kes COVID-19 di bandar ini, Annuar berkata, kebanyakan kes yang dicatatkan adalah jangkitan dalam kategori 1 dan 2.
Sementara itu, kes di kategori 3 sangat minimal manakala kes kategori 4 dan 5 tiada langsung selama enam hari berturut-turut, iaitu daripada 12 hingga 17 September.-Awani
Perlu Dos Penggalak Vaksin Covid-19, Kadar Imuniti Badan Mungkin Berkurang – Dr Annuar
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
- AED bantu atasi kematian mengejut
- Saman fitnah Anwar: Perbicaraan rayuan KJ perlu diteruskan
- Nik Abduh wakafkan diri untuk Muafakat Nasional
- Lisa Blackpink leburkan rekod PSY
- Golongan M40 terpinggir pakej bantuan kerajaan? – Asyraf Wajdi
- Penggunaan Ivermectin boleh sebabkan kemandulan lelaki
- Pasal makan pun boleh bertikam
- Azalina luah rasa kecewa mengenai MOU kerajaan-PH
- Resepi stew ekor lembu chewy
- Hilton diboikot, rancang bina hotel atas tanah masjid Uighur dirobohkan
- Datuk Ken dan isteri mengaku tak salah jadikan rumah ‘port’ judi
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.