Laksana pembaharuan tidak semestinya tandatangan MoU – Shafie

Laksana pembaharuan tidak semestinya tandatangan MoU – Shafie

Presiden Warisan Shafie Apdal berkata, tidak perlu bagi pihaknya menandatangani persefahaman (MoU) untuk melakukan pembaharuan di negara ini.

Katanya, usaha membantu rakyat juga tidak harus terbatas di kawasan yang wakilnya telah menandatangani perjanjian berkenaan.

“Ia sepatutnya tidak menjadi halangan dalam soal membantu rakyat hanya kerana Warisan tidak menandatanganinya (MoU dengan kerajaan).

“Marilah kita menghulurkan bantuan kepada negara ini, bukan hanya untuk bantuan makanan tetapi juga peluang pekerjaan.

“MoU berkenaan tidak boleh dijadikan prasyarat untuk membantu rakyat negara ini walau di mana pun, dan ianya juga bukan semestinya ditandatangani untuk melaksanakan pembaharuan di negara ini, biar kita mempunyai lebih banyak ketelusan di Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shafie yang juga Ahli Parlimen Semporna berkata demikian mengulas kenyataan veteran DAP Lim Kit Siang yang menyeru parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang serta parti Muda supaya turut menandatangani MoU dengan kerajaan.

Shafie berkata, Warisan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan bagi membantu rakyat tetapi tidak semestinya perlu menandatangani apa-apa memorandum.

Katanya, peranan pembangkang untuk melaksanakan semak dan imbang akan menjadi lemah sekiranya pendekatan MoU berkenaan digunakan.

“Kita tidak mahu terikat dengan perjanjian seperti itu, kita mahu melaksanakan semak dan imbang terhadap kerajaan kerana itulah sebab utamanya kewujudan pembangkang.

“Dalam soal pandemik Covid-19 ini juga, saya tidak melihat negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat atau mana-mana negara maju lain yang kerajaannya melaksanakan MoU dengan pembangkang sebagai langkah ‘gencatan politik.’

“Jadi, kenapa perlu ada tekanan kepada Warisan atau ahli parlimen lain untuk menandatangani MoU,” katanya. FMT

Laksana pembaharuan tidak semestinya tandatangan MoU – Shafie


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker