Lelaki maut kereta terjun ke muara sungai

Sebaran :

Lelaki maut kereta terjun ke muara sungai

Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terjatuh di muara sungai di Kampung Batu 7, di Sandakan, awal pagi tadi.

Jurucakap bomba Sabah berkata, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.44 pagi.

“Pihak kami menerima maklumat ada sebuah kenderaan dilihat timbul di muara sungai dan sejurus menerima laporan, sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 17km dari balai bomba.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja-kerja menaikkan kenderaan dan terdapat seorang mangsa lelaki berada di dalam kenderaan tersebut yang disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

“Mangsa yang dikenali sebagai Thien Nyuk Kong berusia 62 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut mengenai kejadian itu masih lagi dijalankan oleh pihak polis. FMT

Lelaki maut kereta terjun ke muara sungai


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual


Sebaran :

Leave a Reply