Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja

Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja

LONDON – Tindakan seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang berusaha mengukur panjang zakarnya dengan memasukkan wayar USB di dalam alat sulitnya mengundang padah.

Kabel berkenaan akhirnya tersangkut dalam zakar.

Semasa kejadian, mangsa disyaki telah memasukkan kabel berkenaan ke dalam zakarnya bagi menentukan saiz alat sulitnya.

Nasib mangsa yang tidak dinamakan identitinya berakhir dengan penyelesaian apabila terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan kabel itu.

Terdahulu, remaja berkenaan dikatakan telah beberapa kali mencuba untuk mengeluarkannya sendiri tetapi mengakibatkan dia membuang air kencing bercampur darah.

Keluarganya yang menyedari insiden membawa mangsa merujuk ke hospital untuk rawatan.

Namun kakitangan hospital gagal menarik keluar wayar USB berkenaan menggunakan alat khas kerana ia berada dalam kedudukan rumit.

Dia kemudian dipindahkan ke Hospital Kolej Universiti London segera untuk rawatan susulan.

Mangsa meminta para doktor memberikan rawatan tanpa ibunya berada di sisi sebelum menceritakan kepada pegawai perubatan yang dia telah memasukkkan kabel berkenaan ke dalam zakar selepas meragui kekuatan fizikalnya untuk melakukan seks dengan teman wanitanya.

Selepas proses imbasan sinar-X mendapati posisi dan saiz sebenar kabel berkenaan dan kemudian dihantar ke bilik pembedahan untuk mengeluarkannya.

Pakar bedah terpaksa memotong kulit otot di sekeliling zakar dan skrotum sebelum mengeluarkan kabel tersebut.

Mangsa terselamat tanpa sebarang komplikasi pembedahan dalam zakar sebelum dibenarkan keluar hospital keesokan harinya.

Walaupun berjaya menjalani pembedahan tanpa komplikasi, pakar perunding andrologis, Dr.Amr Raheem memaklumkan mangsa selamat menjalani pembedahan namun ada masalah membuang air kencing di masa akan datang.

“Apabila kamu memasukkan sebarang alat di dalam badan yang tidak disteril, ia akan mengakibatkan jangkitan tisu yang mungkin menjadi serius khususnya untuk orang yang kurang berimuniti dalam keadaan kencing manis,” katanya. MG

Kabel USB tersangkut dalam zakar remaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ular sawa belit kaki, lelaki selamba ajak berbual

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker